Tuesday 31 December 2013

Four-Teen

Assalamualaikum

Cheerio 2013!
You made me laugh, made me cry..

Through all the ups and downs..

Thick & thin.. Joy and pain..

Thank you Allah for all the lessons..


p/s: Never stop dreaming. Just because it's not happening right now, doesn't mean it never will. (^_^)V

XOXO

Wednesday 25 December 2013

Lapan Ringgit Jer

Assalamualaikum

Entri ni takde intro ye. Terus baca perenggan kedua. Haha..
Aritu kekonon pegi Popular nak beli buku untuk hadiahkan kat someone. Pusing punya pusing punya pusing tak jumpa2 buku yg dicari. Dan dan tu jugak teringat entri WW Aisya yg INI. Ape lagi kan. Terus la usha kat bahagian offer tu.
Great offer 'blockbuster price'. Berbaloi sangat harga yg di offer. Semua buku hanya berharga RM8 & RM12 sebijik. Normal price RM30++. Tapi buku2 nya agak limited. Tak la sebatalion macam kat BBW. Ni pun nasib baik ada tiga novel dari Sophie Kinsella yg belum ada dalam koleksi ChicNa. My favret author jugak ni. Novel2 ni re-issued dengan cover baru. So ChicNa rembat semuanya. Balas dendam tak dapat pegi BBW. Muehehe..
ChicNa tak sure offer ni sampai bila. Sila terjah Popular bookstore berhampiran ye. Offer ni valid untuk semua tak kisah la korang member ke non-member. 
Memang cari pasal dekat2 nak exam beli novel. Tak baca pun lagi, simpan dulu. Lepas bulan Februari baru baca, kononnya la. We'll see. Hekkk..
Err apa jadi dengan buku yg sepatutnya ChicNa cari? Sudahnya ChicNa beli online je & pos terus ke dia dengan harapan surprise itu menjadik. Lusa sampai la kot. ;)

Buku fixi memang takde eh kat Popular?

XOXO

Saturday 21 December 2013

Night babbling

Assalamualaikum

Eh ChicNa update lagi. Rajin kan ChicNa. Ngee..
Actually kan tadi ChicNa sesaja belek TheCoklatBlog. Tetiba terpandang...
ChicNa tengok makin lama makin kurang entri ni. Pastu hujung2 dah tinggal 1, 1, 1. Gabra tau tak. Perasaan dia tu macam kita main game GTA pastu live tinggal satu je. Sekali kena tembak memang game over la kan. Tak nak la blog ni jadi camtu.  Sayang kot walaupun jarang2 jenguk. Plus, sayang sangat kawan2 kat dalam ni. Hee..

Pastu belek2 lagi terpandang pulak..
Zaman kegemilangan, la sangat. Hehe.. Kira banyak la tu bg ChicNa even tak sebanyak entri kengkawan lain. Macam pelik jugak bila tengok, cam tak caya je dulu ChicNa boleh update lebih dari 10 entri sebulan. Eh, tapi dulu ChicNa ada penyakit tido pukul 2 pagi kan. No wonder la. Sekarang jangan harap. Heheh..
From now on, ChicNa berazam kahkahkah untuk cuba update blog & blogwalking at least seminggu sekali. Cuba k. Hehe.. Tapi still, hanya mampu blogwalking dari comment box je. Ada ke orang berazam time hujung tahun?
Tak kisah la, apa yang penting..

화이팅~!! @ Fighting!!

p/s: Kekonon nak tukar background, sekali tengok template dah lain. Semacam je dia punya coding. Help me, anyone?? =_=

XOXO

Friday 13 December 2013

Short Story About Life

Assalamualaikum

Firstly, nak gitau..

Secondly, ChicNa frust sebab tak dapat pegi BBW. Dah plan ngan bff nak drift ke sana this weekend tapiiii keadaan tak mengizinkan. Sob sob.. Tak baik ponteng kelas kan? Niat tu dah ada tapi tak sempat buat. Muehehe..

Thirdly, 29 Nov - 1 Dec aritu ChicNa ke USM Penang untuk practical classes. Perkara paling memalukan & tak leh lupa, kitorang boleh lak tiba2 tak reti guna microscope. Siap ada yg pecahkan slide. Padahal mostly keja lab & boleh dikatakan selalu guna microscope. Tetiba blur kan. Pastu memasing gelak kat diri sendiri. Heheh.. Nasib baik blur secara berjemaah tak la malu sangat. Kehkehkeh..

Fourthly, kepada kaki online shopping jemput singgah SINI. Kalau tak nak shopping, boleh window je. (^_^)V

Tu jelah. ChicNa nak jenjalan ke blog kawan2 lak. See ya!

p/s: Thanks so much awak for your help. Weee..

XOXO

Sunday 27 October 2013

C H A N G E

Assalamualaikum

"Change is the very essence of life" - Anotole France

Setelah beberapa tahun bertangguh, finally.. Hehe..
1- Tebal tak textbook kita? Nasib baik ada Mr Bany yg rajin teman study. Cik Rainbow keja tido je. Kekeke..
2- Gambar kad matriks adalah gambar yg tak pernah digemari dulu dan kini.
Actually baru 2++ bulan ChicNa kembali bergelar pelajar, still lagi dalam proses membiasakan diri and Yes! ia tak semudah yg disangka. Tapi kuteruskan jua demi mencapai SEBUAH IMPIAN yg satu ini. Muehehe.. Ada hati kannn. Doakan ChicNa ye.
Sorry sebab ChicNa jarang visit kawan2. Lately banyak tutorial, assignments, lab course, reports etc yg bertingkek-tingkek. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. Ada free time confirm ChicNa singgah jenguk kawan2.
  
p/s: Next week cuti panjang.. Tak sabar nak pegi honeymoon holiday! Yeehuuu.. (^_^)V

XOXO

Monday 30 September 2013

Coklat #44

Assalamualaikum
Happy Monday peeps! Lately agak rushing sikit. Sambil tengok running man yg super lawak tu pun boleh tertido. Nampak tak betapa rushing nya ChicNa. Don't walk but run! Hihi.. Dalam jadual memang ada peruntukan masa 2 jam sehari untuk blogwalking, tapi terpaksa guna untuk cover benda lain yg lebih penting. ChicNa blogwalking dari comment box saja. Yang terlepas nak singgah tu ChicNa singgah next time. InshaAllah.
*Tadi nak type 'sehari' tapi tersilap type 'seharu'. Tetiba rasa nak tergelak & nak mention kat sini. Hikkk..
Sebelum tu, peringatan dari maskot coklat hari ni..
Hehe.. Jangan lupa senyummm.. (^_^)V

Mama Hakim a.k.a Mama Vogue yang punya. Sempena anniversary ke-8. Sudahnya Hakim tak nak makan Minion tu. Dia mintak nak buat main. So camne? So cute Hakim.

Poyo sangat ni kan. Asal la buat muka camtu. Geram pulak kiter tengok. Ehh..

 Dedeq punya. Hadiah suka-suka untuk bakal suami. Hehe..

Ini pun Dedeq punya jugak. Hadiah untuk diri sendiri. Muehehe..

Last but not least.
Spread the love. Share the happiness. ;)

More sweetness HERE!
XOXO

Tuesday 24 September 2013

Sakit Perut

Assalamualaikum
Health is not valued until sickness comes. - Thomas Fuller
Good things to share. Pernah sakit perut? Menurut kajian, orang yg lahir bulan 7 memang ada masalah perut. Ok kajian, tapi ChicNa banyak jumpa kawan se gang 'July babyLeo especially, yg ada masalah perut: gastric, cramp, appendic, menstrual pain, bloating, constipation. Tapi yg lahir bulan lain pun ada jugak masalah camni. 
Kadang2 rasa sakit tu kat bahagian atas, kadang2 belah kiri, kadang2 kanan ye dak. Walaupun ChicNa dah memang confirm ada gastrik etc & doktor pun dah citer macam2 tapi disebabkan curious yg tak pernah habis, so ChicNa googled dan jumpa ni.

Abdominal Pain
Each type of pain and its location in the belly provides clues about the specific cause.

Penting jugak kan untuk tau apa punca sakit perut tu, even cuma kemungkinan tapi sangat membantu bila kita nak buat diagnosis. So kalau sakit tu kerap better cepat2 pegi buat check-up. Jangan sesuka hati je makan pain killer. Memang la boleh kurangkan sakit tapi kena ingat jugak dia punya long term side effects.

Life is not merely to be alive, but to be well.


p/s: ChicNa makin concern bab2 kesihatan sebab bff selalu share macam2 pengalaman dia keja kat hospital as a pharmacist. So bad, it's good. Huhu.. Tq babe!

XOXO

Friday 20 September 2013

Addiction

Assalamualaikum

Kalau dah kaki online kan.. Hikkk..


Have a lovely weekend guys!
Dear weekend, please stay longer..

p/s: ChicNa tengah demam Minion.. Ba ba ba ba ba na na.. (^_^)V

XOXO


Monday 16 September 2013

Coklat #43

Assalamualaikum
Coklat time! 
Those yang tengah bercuti and tak tau nak buat pe tu meh la makan coklat. Sure tak boring. Hehe.. Jom layan pict jelah ek. ChicNa wordless arini sebab cuti. Hikkk.. 
Thanks Wani..
Thanks Cik Su..
Thanks ..... err sape eh. Lupa!
Thanks Yana Sakura..
Thanks Zetty..
For any enquiries, please contact us.. (^_^)V
Setakat ni kan, ChicNa belum ada customer lelaki tau. Tertunggu-tunggu jugak. Asyik perempuan je bagi coklat dekat lelaki. Mana pegi lelaki2 romantik ni hah?? Hahaha..

Jom ushar TheCoklatShop!
Time kaceh!
XOXO

Saturday 14 September 2013

Gemok?

Assalamualaikum

Ada orang ngumpat ChicNa. Diorang cakap ChicNa gemok. Sob sob..
Hahaha.. Propa je lebih ChicNa ni kan..
Diorang ex-colleagues ChicNa.. Dah 2 tahun kot tak jumpa. Dulu hari2 pagi petang malam lepak sama. Makan makan makan. So ChicNa percaya la kalau diorang cakap ChicNa dah gemok. Sebab dulu selalu kena perli "Makan banyak tapi tak gemok2", "Makan memilih camne nak gemok". Sekarang dah gemok la! Walaupun gemok pipi je. Hehe.. Okla kot selalu memang pipi akan naik dulu kalau gain weight. Tapi bukan sebab selalu makan coklat ehh. Sebab happy hari2 makan masakan mama. Hikhik..
p/s: Wanna put on some weight. Any tips guys? (>_<)

XOXO

Monday 9 September 2013

Oh My Ciskek!

Assalamualaikum

Happy Monday peeps!

Raspberry Cheesecake in the house.. Tempting tak?? Om nom nom..
Simple je cara membuatnya. ChicNa suka sebab kek ni tak masuk telur. I iz allergic. Paling best takyah bake dalam oven, chill dalam fridge saje. I iz lazy.
Thanks to Nanie sebab share resepi. ChicNa memang totally ikut resepi Nanie cuma tang biscuit layer tu ChicNa guna Oreo. Untuk topping ChicNa guna jem Raspberry instead of Blueberry. Jem raspberry tapi deco strawberry. Pun boleh. Sebab aritu tengok raspberry cam tak fresh je. Then tambah susu pekat sikit.
Those yang dah terliur tu cecepat ler ke bakery cari bahan & buat cheesecake. Untuk full recipe terus checkout blog Nanie >> Resepi Blueberry Cheesecake Mudah.
Simply the best.
Haeng un!


p/s: Berangan nak jadi cam Anna Olson tapi pemalas.. Cemana tu?? #_#

XOXO

Wednesday 4 September 2013

The Forgotten

Mode: Makan coklat sambil layan lagu. (^_^)V

Where in the world’s the forgotten?
They’re lost inside your memory
You’re dragging on, your heart’s been broken
As we all go down in history

Where in the world did the time go?
It’s where your spirit seems to roam
Like losing faith to our abandon
Or an empty hallway from a broken home

P/S: I saw you.. Yes, you! Sometimes you're better lost than to be seen.. 


Saturday 31 August 2013

Misi Tertunda Lagi

Assalamualaikum

Selamat bercuti kawan2. Moh kita jenjalan. Tapi ke mana?
Haa sini lah. Menara Tinjau Tambatan D'Raja Kota Bharu.
First time jejak sini tau. Sebenarnya dah lama plan ngan adik lelaki nak panjat menara ni. Sampai dia dah berapa kali balik cuti & balik UTM semula pun tak panjat2 lagi. Hehe.. Semalam hantar adik bongsu ke book fair, malas nak balik. So sementara tunggu dia shopping buku ChicNa ajak adik perempuan lagi sorang lepak kat sini. Ada geng apelagi panjat jom! Memula berani la konon dua2. Hehhh..
There we go guys!
Erkkk baru half way kot. Tapi nampaknya misi terhenti di sini. Gayat sehhh..
Sebenarnya tangga ni lah yang bertanggungjawab menyebabkan kami gayat..
Ikutkan ChicNa masih steady nak teruskan. Boleh lagi kot nak panjat. Cehhh.. Tapi tengokkan adik yg neves & gayat tu membuatkan ChicNa patah semangat. Haha.. Tangga tu pulak agak sempit & curam. Time naik ok lagi kot, time nak turun satgi tu yg takut. Kena pulak bertembung ngan orang yg tengah nak naik ke atas. Wuuu..
Nuyin the gayats girl. Dia pegang phone nak snap nampak tangan shaking. Kekeke..
View dari tingkat empat.. Second pict tadi ChicNa kat bangku2 bawah sana. 
Menara ni bertentangan dengan sungai kelantan yg airnya dah macam tea ais je ChicNa tengok. Yang jauh nun di sana tu Jambatan Sultan Yahya Petra, di seberangnya Lembah Sireh yg mana terletaknya Kolej Masterskill & Tesco. ChicNa tengok ada makcik2 bawak bakul, naik bot yg disediakan kat bawah tu. Mungkin nak ke Tesco shopping. Heheh..
Front view. Padang Merdeka tapi sayang bendera tak berkibar. Depan sana lagi Dataran Al-Qur'an dan istana.
View dari depan menara.

Ok, meh nak citer sikit. Menara ni berketinggian 150 meter dan mempunyai 6 tingkat. Ada jam besar kat puncak sana. So yg ChicNa panjat tu takat tingkat 4 je (arrow). Dibuka setiap hari. Nak masuk kena bayar tapi murah je. RM1 untuk dewasa, RM0.50 untuk kanak2 & RM2 untuk foreigner. Kalau datang petang best la boleh tengok sunset. Menara ni bersebelahan dengan Tambatan D'Raja & Ridel Hotel juga berdekatan dengan Pelangi Mall, bangunan KDRM, Muzium Perang, Masjid Muhammadi dan Istana Jahar. Memang area tumpuan pelancong. Sekali jalan boleh pusing semua.
Next time ChicNa akan datang lagi untuk meneruskan misi. Tapi memang kena datang ngan adik lelaki. Semangat sikit kan. Nanti berjaya sampai atas lah, perhaps. (^_^)V

XOXO 

Thursday 29 August 2013

Phone Stack

Assalamualaikum

Suatu petang yang indah, di sebuah kopitiam.. Kekeke..

Tiga sekawan masuk, duduk, order menu, sembang dua tiga patah..
Memasing pegang gadget.. makan.. gadget.. minum.. gadget..
Aktiviti tu berulang2 sampai la makanan habis..
"Jom balik.." kata salah seorang dari mereka.
"Jommm.." sahut yang lain2..
Motif keluar sesama??

Nasib baik bukan kawan-kawan ChicNa, kalau takkk..
Tapi selalu je tengok situasi macam tu berlaku, bukan je di kalangan kawan-kawan even dalam sesebuah family pun.. #awkwardmoment

Awesome idea & praktikal jugak kan?
Do try this. No excuse. Unless kalau kawan kita tu jenis yang suka snap picture makanan bagi la chance kat dia kejap. Hehe.. 

Ok.. Phone stack everyone! (^_^)V

XOXO

Sunday 25 August 2013

Momentos In Penang

Assalamualaikum..

Ini kisah meet up di Penang. Panjang ceritanya. Tapi ChicNa pendekkan. Kebetulan ChicNa ada program kat USM. Dum dam dum dam sedaq2 kami dah dok ada dalam sebuah Ferrari. Magic tak? Hehe.. Sape kami? GSFian confirm kenai.

 ChicNa memang tak bawak camera & bateri phone dah flat. So pict2 ni adalah ihsan dua sahabat itu. Pict pun so-so ja la sebab menumpang pict orang. Ngeh3.. *gelak jahat* Abaikan pict ChicNa yg obviously tak berapa nak behave. Sume sebab depa.
Taraaaa.. Introducing Marky and DeeDee the bullies..
*Marky & DeeDee tu lipas yg suka membuli Oggy dalam kartun Oggy and the Cockroaches. Nur & Ai lebih kurang camtu la notty nya. Muahaha..*
Picture caption (kanan ke kiri - clockwise):
1- "CikNa memilih ke menilik ni lama bebenor" -Nur
2- "Ohemgee!! Tak sangka hampa sekejam ini. Wuwuwu.." -ChicNa
3- "Tunduk sikit lah, sian kat Nur ketara sangat jurang perbezaan" -ChicNa
4- "Dah habis jinjing dah ni hope nampak sama tinggi ngan ChicNa" -Ai

Walaupun hanya member blogger tapi kami bertiga agak rapat di luar blog. Ini first time ChicNa jumpa Nur. Malu auww.. Nasib baik Nur tegoq ChicNa dulu. Sebab ChicNa dah pesan awai2. Hehe.. Dah jumpa baru ChicNa betoi2 cam muka Nur even sebelum ni dah banyak kali tengok pict. Susah sket nak cam muka kalo just tengok pict. Nur suka gelak kot. Gelak besar. Hahaha.. Ai pulak ChicNa pernah jumpa sekali masa Ai mai Kelantan tahun lepas. So dengan Ai takdak maknanya nak malu2. Lagipun kami kan twin, Renjang & Renjong. Ai bila bercakap lemah lembut gitu. Huhu..

Disebabkan masa tak banyak, kami keluaq sat ja. Pi makan nasi kandaq & pi bazar Chowrasta sebab ChicNa nak beli souvenir untuk bff. Masa makan tu ChicNa dibuli dengan kejam oleh depa sampai menjerit2 ChicNa. Makan pun tak kenyang. Mamak kat kedai tu tersengih2 je tengok depa buli ChicNa. Tapi instinct ChicNa mengatakan mamak2 tu dah berkenan kat Nur ngan Ai. Hahaha.. Takpa2.. Ehhh lori kontena terbalik, ada hari ChicNa buli balik. Siap hampa!
Misi membalas dendam. Akhirnya! Nampak tak dalam pict tu sorang kena cucuk mata, sorang kena cucuk hidung. Muehehe.. Berani buli ChicNa. Hamekkk!! Hope hampa mendapat pengajaran & terus insaf. Kakaka..

Okay.. This is truly us! Lovely shy girls. Yay or nay? Hikkk..
Pict2 kat atas tu cuma candid semata-mata. Kekeke.. Depa tu sangat lah baik hati. Rasa cam nak jumpa hari2 ja. Grrrr.. Sorry la ChicNa taip campoq2 loghat utagha. Praktis, sebab depa dah warning kalau ChicNa tak reti cakap utagha kemungkinan ChicNa akan dibuli lagi. Macam la ChicNa nak jumpa depa lagi lepas ni kan. Kahkahkah.. InshaAllah bulan Jan-Feb 2014 ChicNa bertown di Penang lagi. (^_^)V

Oh ye.. ChicNa dapat something pretty cute dari Ai. Nur pun dapat juga.
Cik Rainbow namanya.. Kiut sesangat kan.. Thank you Renjang. Leb U!

Untuk full story boleh usha blog CikNur yg rajin bercerita panjang berjela. Cerita versi CikAi pun ada. Silalah terjah ke blog depa.

# Mohon Deqla bersabar simpan t-shirt GSF ChicNa. Ada masa ChicNa pi amek naa.. << Susulan komen Deqla kat blog Nur. Huhuhu.. ;)

XOXO

Thursday 22 August 2013

Coklat #42

Assalamualaikum

Coklat datang lagi! Hehe..
Nak update coklat la pulak kan. Dah lama tak tayang coklat kat blog. Actually ChicNa baru je bukak order 2,3 hari yg lepas. Sebelum ni bercuti panjang. So coklat2 yg ChicNa tayang ni stok2 sebelum raya punya yg tak sempat update. Besar kemungkinan dah habis pun dimakan oleh orang2 yg order tu. Time kaceh semua.. ^^
E-Day.. Pharmacist theme sebab kedua2nya keja dalam bidang pharmacy. Abis segala ubat ChicNa buat. Siap sthethoscope lagi. Huhu.. Order from Yaya.

E-Day juga.. Mr Navy & Cik Misi. Ini ChicNa paling favor. Tu sebab letak dua pict. Sendiri buat sendiri suka. Boleh? Hehe.. Nak tau sebab pe? Sebab ChicNa berjaya buat anchor tu atas permintaan Cik Sweety yang mengorder untuk e-day adiknya. Sebab anchor je? Sabau jelah.. Kihkihkih.. Kidding, suka semua lah.. ;)

Coklat ni sempena birthday Inspektor Amirul. Eh bukan Ustaz Amirul ke? Hikkk.. Wife dia yg orderkan. Orang Perak tapi minat TRW (TheRedWarriors). Pun bolehhh..

 Birthday gift. Dari Fiza untuk Mr Heart nya. Sama2 sweet tau diorang ni. Sweet couple. Jangan marah ea Fiza.. ;)
Last but not least..
Inspired by Rilakkuma. Order dari Atil untuk kawannya. Actually Atil mintak buatkan bebear tapi ChicNa takde idea. Bila tengok Rilakkuma ni terus datang idea. Nasib baik Atil pun suka Rilakkuma.

Thanks a lot Sweeties!!

Jom ushar TheCoklatShop atau 
Instagram kami, search #cchcoklat
XOXO

Monday 19 August 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum

Salam 12 Syawal kawan2. Sesape ada buat open house tu jangan lupa jemput ChicNa. Sediakan duit raya sekali. Huhu.. Belum terlambat kan untuk wish. Raya kan sebulan. Raya korang camne? Mesti havoc kan. ChicNa biasa2 je sama cam raya lepas2, cuma mood berjalan2 kureng. So ChicNa lepak umah tak ikut family pi umah sedara mara. Bila diorang pi beraya ChicNa tutup pintu rapat2. Hikk.. Memang takde mood sangat2.
Salam Aidilfitri. Mohon maaf atas segala kekhilafan diri. Peace! (^_^)V

Sebelum raya aritu ChicNa ada terima beberapa keping kad raya dari member blogger.
Kad pertama dari Aisya. Pink karer. Kad raya DIY tau. Ramai lagi yg dapat selain ChicNa. Rajin sungguh Aisya men'diy'. Kad kedua dari kuling Masha. Kad raya Masha memang tak sah kalau takde pantun. Pulak tu comel sangat pantunnya kuling. Heheh.. Kad ketiga dari kiut mama, Lela. Special jugak sekali dapat souvenir keychain Jogja. Jauh tu datang. Kad keempat dari sis Aima. Yang ada gambar kucing tu. Comel shangat kan. Macam Puss in Boots. Huhuhu.. Terima kasih banyak2 untuk semua. How sweet you are! Tapi ChicNa belum berkesempatan untuk balas kad2 tu. :/
Ehh.. Ada lagik. Kad yang ni special jugak. Siap di'delivery' ke rumah ChicNa. Ada extra 2 balang homemade popia lagi, satu popia nestum lagi satu popia simpul. Dapat lagi duit raya 1 sen. Heheh.. Time kaceh tak terhingga Jaa. Dah la masa Jaa datang ChicNa tengah tido. Kepenatan sebab pagi tu struggle buat almond london. Hihi.. Si kecik Fikri pun ikut sama tapi dok sekejap je dah ajak mama balik. Nak susu katanya. So adorable. ;)
Selain kad raya, ada jugak dapat kad undangan majlis perkahwinan dari Yana. Tapi sayang tak dapat attend. Jauh nau nak ke Melaka. Apepun selamat pengantin baru untuk Yana & Leonerz. Semoga berbahagia & berkekalan sampai syurga. Ameen.. 

Nahhh pict raya seketoiii.. Camat ari rayer..
Till then..
XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All right reserved by thecoklatblog.blogspot.com copyright@2012 Designed by supergirlshortstory.blogspot.com